Sifir Master
Teknik Sifir Master
Kaedah Teknik Matematik Kreatif merupakan satu kaedah menguasai dan menyelesaikan sifir dan darab didalam subjek matematik menggunakan teknik kreatif yang mudah difahami,menggunakan jalan penyelesaian yang ringkas dan menghasilkan jawapan yang tepat.
Teknik Sifir Master amat sesuai untuk semua peringkat golongan pelajar. Gagal menguasai sifir adalah langkah pertama mencipta kegagalan seterusnya didalam subjek matematik.
Teknik Sifir Master merupakan satu alternatif pembelajaran menguasai sifir. Ia seumpama supplement informasi kepada anak anda. Jika tidak diambil tidak mendatangkan mudarat tetapi jika menguasainya perubahan kepada daya pemikiran, kecekapan menyelesaikan permasalahan dan minat terhadap subjek matematik akan ketara kepada mereka. Tiada lagi istilah fobia dengan matematik didalam kamus hidup mereka.
Manfaat ini kami abadikan kepada
1. Dari kami untuk anda
- Menerangkan langkah demi langkah mudah untuk mempelajari dan menguasai sifir menggunakan teknik kreatif dengan mudah,pantas dan tepat.
- 100% Yang Terbaik kami sampaikan agar mudah untuk sesiapa saja menguasainya.
2. Kepada ibubapa
- Tuan-tuan dan puan-puan belajar dari sumber yang kami sampaikan ( buku/ebook/vcd ) dan tugas tuan dan puan sampaikan pula kepada anak-anak. Terapkan konsep Ibubapa sebagai mentor.
Fakta dari kajian TIMSS 2003
Taraf pendidikan ibubapa – Pelajar yang mempunyai ibubapa berpendidikan universiti akan mendapat skor purata yang lebih tinggi.
Perbincangan kami : Bagi ibubapa yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tidak menjadi masalah kerana tuan dan puan boleh gunakan teknik yang kami dedahkan ini untuk mengajar mereka. Bayangkan apa perasaan mereka apabila tuan dan puan sebagai ibubapa dapat mengajar mereka teknik-teknik kreatif yang hebat yang tidak pernah mereka belajar disekolah.Hebat bukan ( macam supermak
)
- Ibubapa boleh mengisi masa berkualiti bersama keluarga dengan memanipulasikan teknik-teknik sifir master ini. Contoh tunjukkan kehebatan ibu dan bapa menyelesaikan soalan-soalan sifir dengan kaedah kami ini. Apa agaknya mereka akan kata…?
Perbincangan kami : Keadaan gawat sekarang ini tuan-tuan dan puan-puan dapat menjimatkan kewangan keluarga dengan memenuhi masa berkualiti dengan mengajar teknik-teknik kreatif secara santai. Ciptakan suasana ini agar lebih menarik dengan gaya ibubapa sendiri.
- Ibubapa menjadi mentor kepada anak-anak. Lihat kasih sayang mereka semakin mendalam, rasa bangga dan hormat mereka semakin tinggi, keharmornian rumahtangga dapat dikecapi dan kewangan anda juga selamat.
Perbincangan kami : Lihat kejayaan keluarga badminton negara iaitu Keluarga Sidek. Lihat bagaimana bapanya menjadi tunggak tulang belakang kepada kejayaan anak-anaknya. Begitu juga dengan Datuk Nicol Ann David. Lihat bagaimana bapanya mengurus dan membimbing sehingga beliau menempa kejayaan diperingkat dunia.
3. Kepada pelajar
- Pelajar dapat menguasai kaedah kreatif menguasai sifir dengan mudah,pantas dan tepat.Teknik yang tidak dapat diperolehi didalam silibus pelajaran.
- Teknik ini anda dapat aplikasikan semada didalam peperiksaan untuk menyemak jawapan anda dengan pantas. Ingat masa amat kritikal didalam peperiksaan dan jangan membazirkan masa. Dengan teknik kreatif masa anda dapat dijimatkan berbanding dengan rakan anda yang sentiasa didalam keadaan tergopoh-gapah.
- Teknik ini boleh anda gunakan untuk menunjukkan kemahiran anda menyelesaikan masalah sifir dengan pantas ( awas jangan riak !) kepada rakan-rakan. Insyaallah anda akan tergolong didalam pelajar yang pintar didalam subjek matematik nanti.
- Minat anda terhadap subjek matematik akan meningkat secara mendadak kerana masalah fobia terhadap subjek ini telah pun berakhir dan insyaallah markah didalam buku rekod anda juga akan berubah.