sifirmaster

teknik kreatif satu keperluan bukan satu pilihan pelajar!

Buku

Buku

Buku Sifir Master ( Edisi The Apprentice dan Edisi The Master )

Merupakan satu buku yang mengandungi langkah demi langkah pembelajaran untuk menguasai Teknik Sifir Master.

Buku ini disusun dan diolah untuk memudahkan ibubapa menguasai teknik matematik kreatif agar dapat mengajar anak-anak seumpama seorang pakar matematik meskipun anda bukan seorang guru.Bagi memenuhi matlamat yang kami cuba sasarkan agar ibubapa menjadi mentor kepada anak-anak dengan menfaatkan masa berkualiti bersama-sama mereka.

Anda mampu membeli segala jenis permainan yang mahal-mahal, makanan yang sedap-sedap, baju yang cantik-cantik dan segalanya namun begitu anda tidak mampu membeli kasih sayang anak-anak.

Ya! Kasih sayang tidak dapat dijual beli namun begitu ia dapat dipupuk dan dibajai sepanjang masa.Jadi jangan biarkan masa berkualiti anda bersama anak-anak berlalu begitu sahaja.

Apakah maksud masa berkualiti ?

Masa berkualiti ialah masa yang seharusnya anda luangkan bersama anak-anak atau keluarga melakukan aktiviti berfaedah atau membantu mereka mengulangkaji pelajaran bersama.Pakar motivasi menyarankan sekurang-kurangnya diperuntukkan selama 3 jam sehari.

Ramai pakar motivasi menekankan akan peri pentingnya masa berkualiti ini anda isi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Ini yang kami cuba tekankan. Isi masa berkualiti anda melalui pembelajaran santai bersama anak-anak dengan memberi mereka pengetahuan teknik sifir master.Sambil anda melayan televisyen bersama, keluarkan kertas dan belajar sambil bermain menggunakan teknik-teknik yang anda pelajari dari ebook sifir master ini ataupun selepas mereka habis mengulangkaji, tunjukkan kemahiran anda menyelesaikan soalan sifir dengan mudah dan pantas .

Kami hanya mampu menyediakan jalan rintis dan kaedah  bagaimana cara untuk memancing dan juga menunjukkan dimana lubuknya. Yang lain terpulang kepada anda untuk tentukan sendiri samada hendak menangkap ikan dengan menggunakan pancing atau terus membeli dipasar. Apa pun tepuk dada tanyalah iman.

Peringatan :
Hampir 70% pekerjaan didunia pada abad ke-21 ini memerlukan pengetahuan matematik