sifirmaster

teknik kreatif satu keperluan bukan satu pilihan pelajar!

Siapa kami

Penulis dan Pengasas Teknik Matematik Kreatif

Azizan bin Haji Othman merupakan seorang lulusan dari Universiti Teknologi Mara didalam jurusan Kejuruteraan Elektronik Perhubungan. Pernah berkhidmat sebagai Juruteknik Kanan dibeberapa syarikat swasta. Mempunyai kemahiran didalam bidang teknologi perhubungan dan juga didalam bidang IT. Beliau amat meminati subjek matematik dan sering mengkaji mengenainya. Atas semangat kecintaan mendalam terhadap nombor dan angka maka beliau membina dan mencipta beberapa teknik kreatif matematik khusus untuk pelajar rendah menguasai dan menyelesaikan sifir dengan pantas dan tepat.Beliau juga sering menganjurkan seminar mengenai matematik kretif dikawasan utara dan juga sering mengadakan roadshow di ekspo-ekspo usahawan.Beliau kini merupakan seorang Pengarah Urusan di Azif Consultancy yang beroperasi di Kulim Kedah. Berwawasan tinggi mengenai perkembangan pendidikan di tanahair dan beliau amat menitikberatkan kejayaan anak bangsa. Atas kesedaran dan iltizam yang tinggi beliau telah menzahirkan teknik-teknik kreatif ini didalam Buku Matematik Kreatif serta didalam bentuk VCD agar semua pelajar dapat memahami dan menguasai teknik kreatif ini dengan mudah. Semoga dengan kelahiran Buku dan VCD Matematik Kreatif ini dapat membantu para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang didalam subjek matematik seterusnya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang bijaksana didalam pelbagai bidang.

Team CreativeColony@team bijakstudy

Dulu dikenali sebagai team bijakstudy. Merupakan satu team yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dari pelbagai bidang. Berkongsi kemahiran dan pengalaman mereka kepada semua agar dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan tanahair. Team ini sedang merancang beberapa projek kreatif berkaitan dengan pembelajaran dan akan dipaparkan kepada umum dalam sedikit masa nanti. Insyaallah!

Sifir Master – Teknik Matematik Kreatif

Merupakan himpunan teknik kreatif dan kaedah pembelajaran dan pengajaran untuk menguasai sifir berpandukan teknik matematik kreatif yang telah berada di arena pembelajaran nyata dan maya sejak 2004 lagi. Pada 2005 kemunculannya secara maya mula dipaparkan menggunakan jenama www.bijakstudy.com dan ditukar kepada www.sifirmaster.com dua tahun kemudian. Teknik-teknik kreatif ini telah diterbitkan didalam bentuk buku, buku elektronik ( ebook ) dan VCD. Pembelajaran pula boleh diikuti melalui bengkel, seminar dan pembelajaran melalui online. Semoga apa yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Insyaallah :)