sifirmaster

teknik kreatif satu keperluan bukan satu pilihan pelajar!

Panduan pengguna

Salam
Ebook Sifir Master Edisi Ibubapa Sebagai Mentor diolah dan disusun bertujuan untuk memudahkan ibubapa menguasai teknik sifir master yang kami kongsikan. Ebook ini menggunakan penerangan yang mudah difahami dan diikuti. Kandungannya bermula dari asas sifir sehingga ketahap tinggi.

Tahap pencapaian dibahagian asas ialah sehingga mereka mahir menguasai sifir 2 sehingga sifir 9. Jika mereka masih gagal memahami dan menguasai sifir-sifir ini mereka juga akan gagal menguasai teknik-teknik seterusnya kerana sifir 2 sehingga sifir 9 adalah struktur utama kepada semua teknik sifir master yang kami dedahkan. Pastikan anak anda menguasai sifir 2 sehingga sifir 9 sebelum mengajar mereka bahagian-bahagian seterusnya.

Adalah menjadi keyakinan kami bahawa dengan teknik yang kami dedahkan, anak-anak anda pasti mampu menguasai sifir 2 hingga 9 dengan mudah dan pantas. Mengikut track record kami semasa bengkel yang dijalankan, pelajar berusia 9 tahun mampu menguasai sifir yang diajar dalam masa 3 jam sahaja. Anak anda pasti juga boleh!

Bagaimana menggunakan ebook ini?

  • Anda sebagai ibubapa boleh menggunakan teknik-teknik yang terkandung didalam ebook ini untuk mengajar anak-anak menguasai sifir. Bahagian Asas didalam ebook ini adalah asas mengenali sifir.Berikan sample yang dilampirkan. Teknik  asas ini amat sesuai untuk pelajar berusia 8 tahun keatas. Biarkan anak anda mahir menguasai asas sifir ini sebelum anda mengajar teknik-teknik seterusnya.
  • Teknik Sifir Master ini boleh dijadikan permainan yang menyeronokkan. Gunakan kreativiti anda mencipta suasana keseronokkan itu. Jika mempunyai masa yang terluang bersama mereka walaupun sekejap gunakanlah teknik yang ditampilkan untuk menguji kepantasan mereka menjawab dan mengira. Contohnya sambil-sambil menonton tv, apakata jawab soalan sifir dengan pantas.
  • Kami tekankan MASA BERKUALITI anda bersama anak-anak jangan biarkan berlalu.Luangkan masa anda dan ciptakana suasana keseronokkan agar mereka sentiasa mengharapkan suasana itu sentiasa berulang.Salah satu kaedah yang mudah anda tunjukkan kehebatan anda menyelesaikan masalah sifir yang rumit dengan mudah dan pantas. Mereka pasti akan teruja. Tunjukkan satu teknik dan ajarlah mereka bagaimana teknik itu digunakan sehingga mereka mahir barulah anda menunjukkan pula teknik yang baru. Ia memakan masa dan pasti kasih sayang mereka kepada anda juga bertambah.
  • Anak-anak suka penghargaan. Berikan mereka hadiah. Anda cipta permainan atau pertandingan didalam keluarga dan berikan hadiah kepada yang terpantas menyelesaikan soalan sifir. Pasti mereka teruja. dan gembira.Bukankah lebih molek begini dari membelikan mereka permainan yang mahal-mahal dan seterusnya membiarkan mereka bermain sendirian?
  • Teknik sifir master ini boleh dijadikan permainan dimana-mana sahaja samada didalam kereta,semasa menonton tv,semasa sarapan atau sebelum tidur.Terpulang kepada kemahuan anda.

Kami lampirkan soalan-soalan latihan didalam ebook Soalan & Latihan. Anda boleh cetak mengikut kemahuan anda. Kami juga memberikan ebook Simple Math For Game dimana teknik-teknik yang dipaparkan adalah sebahagian daripada permainan yang kami gunakan untuk menunjukkan kehebatan sesama rakan. Anda boleh gunakan untuk menunjukkan kehebatan anda kepada anak-anak. Mereka pasti terpegun. Kami juga sertakan sebuah buku Teka silangkata Pendidikan Islam. Buku yang bermenfaat sebagai ulangkaji pengetahuan anda didalam fardhu ain. Buku ini amat berfaedah untuk semua lapisan masyarakat.

Renungan

” Ilmu tanpa amal adalah gila mankala amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia ”
                                                                                          Al-Imam Al-Ghazali r.a