1. Teknik Sifir Master adalah menggunakan kaedah Matematik Kreatif yang ternyata amat mudah untuk dikuasai. Paling penting ia mengandungi langkah-langkah mudah menguasai Sifir ( Asas Kemahiran Matematik ) dan menyelesaikan permasalahan darab dengan mudah, ringkas dan tepat.
2. Teknik Sifir Master membantu anak-anak tuan-tuan dan puan-puan memahami dan menguasai Asas Kemahiran Matematik ( Darab, Bahagi, Tambah dan Tolak ) dengan lebih mendalam lagi.Kegagalan memahami dan mengusai Asas Kemahiran Matematik ini memberi impak yang besar kepada pembelajaran mereka didalam Subjek Matematik.
3. Teknik Sifir Master yang mengandungi teknik penyelesaian yang mudah, ringkas, pantas dan tepatĀ serta menyeronokkan akan membangkitkan keyakinan pelajar untuk terus mempelajari subjek matematik dengan penuh minat.
4. Keyakinan yang tinggi akan menghapuskan perasaan Fobia terhadap Subjek Matematik dan ini memberikan mereka satu dimensi baru terhadap subjek ini dan membantu mereka meningkatkan kecemerlangan didalam pelajaran.
5. Rahsia Pelajar Cemerlang yang ramai dikalangan kita tidak tahu ialah penguasaan mereka menggunakan kaedah atau teknik tertentu didalam pelajaran ternyata membantu serta melonjakkan prestasi mereka didalam pelajaran berbanding dengan pelajar biasa.
6. Teknik Sifir Master juga telah merencanakan satu kaedah mudah mengajar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan menguasai Asas Kemahiran Sifir bermula dari umur 5 tahun. Program ini dinamakan sebagai Transformasi Pendidikan Untuk Anak-Anak Menguasai Sifir Sebelum Memasuki Tahun Satu. Teknik ini didedahkan didalam ebook Sifir Master for KIDS.
7. Teknik Sifir Master yang dimuatkan didalam buku atau ebook boleh dijadikan bahan pengisian pembelajaran bersama anak-anak. Pengisian masa berkualiti bersama anak-anak ini dengan pembelajaran Teknik Sifir Master amat berfaedah untuk mereka. Jangan bazirkan masa berkualiti bersama anak-anak berlalu begitu saja. Isikan dengan pembelajaran Asas Kemahiran Sifir.
8. Teknik Sifir Master amat mudah untuk dipelajari dan dalam masa yang singkat sesiapa sahaja mampu menguasainya.Pelajari dan kuasailah teknik ini wahai ibu dan bapa, kemudian ajarilah anak-anak pasti mereka akan merasa bangga dengan kebijaksanaan anda.
9. Teknik Sifir Master amat sesuai digunakan didalam konsep pembelajaran dirumah seperti Home Education atau Homeschooling. Konsep ini perlu diterapkan bukan sahaja untuk subjek matematik tetapi untuk semua subjek kerana peredaran masa dan teknologi yang pantas berubah.
10. Lihatlah apa yang dikatakan oleh Alvin Toffle, “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn”. Bagaimana persediaan anda?
